{{ 'fb_in_app_browser_popup.desc' | translate }} {{ 'fb_in_app_browser_popup.copy_link' | translate }}

{{ 'in_app_browser_popup.desc' | translate }}

Tentang Kami

Kasturi Textile/Rossalinda Textile merupakan sebuah syarikat pengeluaran berasaskan textile dan telah beroperasi di Kota Bharu sejak 30 tahun yang lalu. Syarikat ini mempunyai dua cawangan iaitu di Kota Bharu Dan Kuala Lumpur.

 

Mana datangnya bawal itu mengikut sejarah daripada pembekal kain bawal Kelantan. Ia diperbuat dari jenis kain Voile, Swiss 2x2 Full Voile. Perkataan voile itu berasal dari Negara Jepun melalui Syarikat Ichimura Komatsu Finish(Negara Jepun).


Voile itu sejenis fabrik yang nipis Dan lembut yang berasal daripada kapas sutera. Contohnya, Bawal Ima, Bawal HMA, Bawal Mikibo, Bawal Toyobo, Bawal Excel dan Bawal Airis.


Bawal Jepun adalah yang paling popular kerana kualitinya yang baik, baik bermaksud jenis kain lembut Dan tidak berbulu berbanding dengan jenis bawal lain.


Material ini juga mendapat sambutan yg baik dari pengguna kerana kualiti kain yang baik Dan harga yang berpatutan. Selain itu,material kain juga yang senang dibentuk, tidak licin, tidak panas, ringan Dan ianya telah menjadi satu material klasik Di pasaran antarabangsa Dan dipercayai oleh penggemar tudung Bawal.


Bawal China yang sekarang ini mendapat tempat dihati pembeli-pembeli bawal Di Malaysia walaupun kurang bermutu tetapi kerana harganya yang jaoh lebih rendah membuat sambutanya yang begitu menggalakkan.


Kesimpulannya, kelebihan syarikat kita juga membekalkan bawal jenama sendiri Dan bawal sulam. Selain tudung Bawal, syarikat kita juga menyediakan pelbagai material kain. Contohnya, material lycra, material mosscrepe dan bawal printed.